Sabtu, 2 April 2011

Kampung ku

Kampung ku bernama Kampung Sungai Tengas. Di dalam daerah Bandar Baharu, Kedah Selatan. Pekan terdekat adalah Pekan Selama Kedah yang mana masa aku bebudak dulu dikenali dengan nama Pekan Pajak. Jarak dari kampung ke pekan Selama Kedah lebih kurang 4 batu (kiraan dulu-dulu).

Di kampung ku ada sebuah sekolah iaitu Sek. Keb. Sungai Tengas. Di sinilah aku bersekolah dari darjah satu hingga darjah 6. Sekolah ini juga menampung pelajar dari 4 buah kampung termasuk kampung ku iaitu Kg. Sg. Tengas Masjid (kampung ku), Kg. Sg. Tengas Ulu, Kg. Sg. Tengas Hilir dan Kg. Sg. Buluh.

Sekitar awal 70'an ke bawah kampung Sg. Tengas merupakan kawasan hitam sebab berhampiran dengan gunung yang paling muda di dunia iaitu Gunung Bungsu. Pada ketika itu kampung ku selalu dikunjungi oleh angkatan tentera dan berkhemah di tepi-tepi kampung.

Al-kisah pada tahun 1970 atau 1971, aku bersama Hassan Tok Siak dan Bukhori anak Pak Long Mansor telah memasuki hutan kecil di pinggiran kampung untuk mencari buah lemba. Kalau hampa nak tau, buah lemba ni memang manis. Selepas memakannya, minum air biasa pun rasa manis. Itulah kelebihannya. Nak dijadikan cerita suatu hari kami terjumpa sekumpulan orang yang bersenjata senapang dan memakai baju biasa. Kami tak tahu pun siapa mereka itu. Apabila mereka ternampak kami lalu memanggil dan minta tolong membeli sesuatu. Apa lagi... cabuttttttt tanpa menoleh kebelakang sedikit pun. Sesampainya aku di rumah, aku diam dan menggigil lalu ditegur oleh emak, pasai pa tu!!!. Aku tak jawab sepatah pun. Esok pagi selepas bangun tidur, aku pun bercerita pada mak dan ayah mengenai apa yang aku jumpa. Rupa-rupanya mereka itu adalah komunis. Selepas peristiwa itu kami bertiga tidak lagi merayau-rayau untuk mencari buah lemba.

Hasil pertanian kampung ku ketika itu adalah getah dan padi tetapi selepas parit tali air yang baru dibina oleh kerajaan siap, padi pula tak mahu tumbuh dengan baik. Maka sekarang ini hasil kampung ku hanya getah sahaja.

Dah la nu!!! cerita pasai kampung ku. Nanti hampa boring pulak. Aku buat cerita ni pun sebab kawan lama aku (Saidin Yahya) suruh sangat buat cerita dulu-dulu.

Di sebelah kanan ni adalah kawan lama aku, Din Pak Ya


2 ulasan:

  1. Lan terima kasih banyak2 kerana sudi masukkan gambar saya.Tahun bila gambar tu diambil saya pun tak ingat.Mungkin ia diambil dari kamera Lan sebab empunya diri tidak menyimpan gambar tu..
    Baca kisah silam tersempak dengan komeneh di kg,teringat pula pada Ismail Che Mat. Mana dia pi ha..Semenjak habis bersekolah di Serdang saya pun tak pernah lagi berjumpanya.
    Kori.. yg ada dlm cerita tu..Cucu Tok Cek Mah ka. Hari tu adik dia kena simbah cuka getah.Heboh satu malaysia Peguasa JPJ kena simbah cuka di Sg Petani hari tu.Lama duduk di wad Hospital A'Star. Husin selalu pi tengok sebab dia kerja di situ... Atau kori anak bang masor(cucu Pngh Li..) ingat2 lupa.

    BalasPadam
  2. Ismail Che Mat tu Hasan la!!! dia kat seberang perai kut. Deris abang dia pun duduk di sana katanya.

    Kori tu memang cucu Tok Cik Mah. Lepas ayah dia jumpa komunis dekat jalan nak ke selama (jalan lama), dia pi repot kat polis. Jadi, cina kat pekan pajak tu sudah mark dia. Sebab tu lah dia lari pi duduk kat kupang.

    Mula-mula kami jupa, lepas tu baru Pak Long Mansor jumpa pulak. Begitu lah serba sikit yang aku ingat

    BalasPadam