Khamis, 14 April 2011

Asrama ku

Awal tahun 1978 aku mula menjejak kaki ke Asrama Sek. Men. Serdang, Kedah (Nama sekarang SMK Serdang, Kedah). Pesanan dari emak kepada aku sebelum bertolak ke asrama " Lan, hang duduk di sana kawan dengan orang yang baik-baik dan jangan kawan dengan orang yang tak senonoh". Pesanan itu aku ingat sampai kehari ini.

Waktu itu aku rasa diri ini terlalu kecil sebab abang-abang yang tingkatan lima memang berbadan besar. Apatah lagi mereka itu adalah pengawas asrama. Pelajar-pelajar baru semua takut pada mereka tapi mereka semuanya baik-baik belaka. Di antara nama yang masih aku ingat ialah Pak Don, Pak Nan dan Ustaz (nama tak ingat). Bilik mereka berasingan dengan bilik kami.

Satu pagi pada hari Jumaat (cuti) aku dan ramai lagi penghuni asrama bangun lewat dan tidak solat subuh. Kebetulan pagi itu pengawas buat pemeriksaan mengejut maka ramai yang kantoi termasuk aku. Semua penghuni dipanggil berhimpun dan membuat pengakuan ikhlas "Siapa yang tidak solat subuh diminta ke depan, jangan tipu, kami dah tahu semua " kata salah seorang pengawas. Aku dengan rasa takut terus ke depan bersama kawan-kawan yang tak solat subuh. Maka kami didenda membersih tandas pada pagi tersebut.

Pada masa itu guru asrama adalah Cikgu Anuar. Semua penghuni asrama takut padanya. Dikhabarkan bahawa setiap pelajaran yang diambil dalam peperiksaan penggal mesti lulus, kalau tidak, satu pelajaran tak lulus sekali penampar sampai kemuka. Tapi tahun aku mula masuk asrama isteri Cikgu Anuar sakit dan dia kurang mengambil perhatian kepada kami semua.

Garangnya Cikgu Anuar kalau hampa nak tau, pada satu pagi dia datang buat pemeriksaan mengejut di dewan makan, dilihatnya air teh susu terlalu ceroi (kurang susu) disuruhnya mamak kantin tu buang teh tu dan buat balik yang baru yang betul-betul kaw... Pagi tu, sedap la kami minum air. Sebelum ni kami komplen mamak buat tak tau saja dan kena marah lagi dengan Mak Cik Pora.

Dah la dulu untuk kali ini, lenguh dah jari duk mematuk keyboard. Nanti aku sambung lagi...

3 ulasan:

  1. Memang betul, makanan di Asrama masa tu memang sedap2.Yang tak sedap resepi MakCik Pora masa tu hanya masak lemak togee. yang lain semuanya 100% sedap.Mak cik Pora pun Arwah dah...semoga dia dipilih Allah ke syurga.
    Pak Nan saya tak tahu perkembangannya.Dengar khabar dah jadi orang pahang. Pk Don merupakan pengurusi Pengilang Beras Melayu Kedah(saya tau pun semasa tengok TV)Ustad tu namnya Abdullah Rahim. saya pernah jumpa dia di Stesyen bas Alor Star.Semasa tu dia kerja sebagai penjual tiket bas.Sekarang ni tak tau lah..Kemungkinan dia lebih berjaya dari kita.Mereka ni semuanya baik2 dengan kita.Doa kan mereka di berkati Allah dan diberikan kesihatan yang baik2.Amin...

    BalasPadam
  2. Kalau aku jumpa depa pun mungkin dah tak kenal...

    BalasPadam
  3. sedap ker? Ikan kembung rebus bubuh dalam kari yang lebih banyak ayaq dari santan!!!

    BalasPadam