Isnin, 11 April 2011

Gambar kenangan

Gambar ini diambil pada tahun 1979. Waktu itu aku baru tingkatan 2 di Sek. Men. Serdang, Kedah. Aku tinggal di Asrama Sek. Men. Serdang bermula dari tahun 1978 hingga 1982. Sebulan sekali semua penghuni asrama dibenarkan pulang ke kampung masing-masing. Di kesempatan ini aku mengambil peluang bersama sepupu aku iaitu Hasbullah (Awang) untuk bergambar di serata kampung.

Gambar ini diambil di tandop atau kunci air Kampung Sg. Tengas yang baru dibina untuk membekalkan air ke sawah padi di Kg. Sg. Tengas Masjid dan Kg. Sg. Tengas Hilir. Seperti yang aku ceritakan sebelum ini, setelah siap tandop ini dibina maka padi yang ditanam tidak menjadi seperti dulu-dulu. Sebabnya Allah sahaja yang mengetahui.

Di tandop ini juga tempat aku dan kawan-kawan mandi dan berenang apabila cuti balik kampung (istilah sekarang outing). Pada hal kawasan ini merupakan kawasan larangan kerana merbahaya terutama kepada kanak-kanak.

Gambar di sebelah ini adalah Nordin (duduk di atas), aku (belakang), Hasbullah @ Awang (sebelah aku), Che Ghazali (depan aku) dan Adnan (sebelah Che Ghazali merangkap adiknya).



2 ulasan:

  1. Sory, lama tak layari ruangan silam Lan.
    Saya sendiri tak pernah mandi manda di trandop dekat rumah Pak Lang Majid(bapa Omaq).Kalau mandi masa tu pun..kemungkinan saya di halau Tok Nah. Mungkin suara yang biasa saya dengar masa tu "Din hang balik..!!!!! Tengok tandop tu pun dah kecut perut.Bukan di situ saja... Sg Selama(sempadan) tu pun dah takut. Besaq dari Sg kita..
    Gambar kenangan semasa di tandop tu hanya yang saya kenai hanya Lan dan Awang saja..Yang lain tu sapa? member kg ka?.Siapa nordin. tak kan Nordin Pakcik Nen Kot. Ghazali tu sapa pulak ? Orang luar kot...

    BalasPadam
  2. Nordin adik ipar mak tam faridah. Che Ghazali dan Adnan tu anak Hamzah Tok Bauk. Tandop ni kan dekat rumah depa

    BalasPadam